PLC eRPH 2019..tidak mengira masa..walaupun hampir subuh..tq cikgu sahrizan sk.serudung baru..
Sekolah Kebangsaan Andrassy Tawau
Monday, November 12, 2018
Kehadiran ahli baharu?
Ahli baharu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau 2018
Pada 30 Julai 2018 bersamaan hari Isnin yang lalu, indah semacam rasanya suasana di sekolah ini. Orang cakap, lain dari yang lain perasaannya; cahaya matahari ceria semacam sahaja sama seperti bunga-bunga di sekitar sekolah ini.
Laaaa...Rupa-rupanya sekolah ini telah menerima kehadiran 4 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Keempat-empat mereka ini akan menjalankan sesi praktikum fasa 2 dalam tempoh 3 bulan (Ogos - Oktober 2018) di sekolah ini. Guru-guru pelatih ini terdiri daripada dua opsyen iaitu Pendidikan Sains (Siti Rizmawati binti Norhayapi & Varrelene Julian) dan Pendidikan Pemulihan Khas (Natalie Sakim & Vivian Paudar). Kecil tapak tangan, nyiur kami tadahkan :)
SELAMAT DATANG AHLI BAHARU! Sediakah anda memulakan perjalanan di alam Andrassy ini?
Laaaa...Rupa-rupanya sekolah ini telah menerima kehadiran 4 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Keempat-empat mereka ini akan menjalankan sesi praktikum fasa 2 dalam tempoh 3 bulan (Ogos - Oktober 2018) di sekolah ini. Guru-guru pelatih ini terdiri daripada dua opsyen iaitu Pendidikan Sains (Siti Rizmawati binti Norhayapi & Varrelene Julian) dan Pendidikan Pemulihan Khas (Natalie Sakim & Vivian Paudar). Kecil tapak tangan, nyiur kami tadahkan :)
SELAMAT DATANG AHLI BAHARU! Sediakah anda memulakan perjalanan di alam Andrassy ini?
Semoga Berjaya !
Program Maal Hijrah Peringkat Sekolah (2018)
Sambutan Maal Hijrah 1440 Peringkat Sekolah Kebangsaan Andrassy, Tawau
Sebelum start, let us take a photo!!!
Terik gimana pun akan diteruskan jua. Semangat tu penting!
3 Jejaka yang ditangkap segak bergaya berbusana melayu. Jangan kembang yaaa hahaha
Salam Maal Hijrah pembaca semua. Mari kita buka lembaran yang baharu. Ambil pen dan mulakan kisah kehidupan anda semua dalam buku yang baharu. Semoga sukses dan kebahagian milik kita semua, AMIN!
Pada 5 Oktober 2018 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Sekolah Kebangsaan Andrassy telah melaksakan sambutan Maal hijrah peringkat sekolah yang disertai oleh semua warga Andrassy tidak kira agama, bangsa mahupun rupa. Kitakan satu malaysia; hirup udara yang sama, berpijak pada bumi yang sama, tak gitu?! Sebelum aktiviti utama dimulakan, semua murid telah berkumpul di dewan terbuka untuk menjalankan perarakkan maal hijrah di sekitar kawasan sekolah. Semangat berjalan bersama-sama tu jangan dikata, kalah tentera berkawad teruja mereka sepanjang jalan. Suasana meriah kedengaran dengan alunan selawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW tidak putus-putus dilaungkan. Selepas selesai perarakan tersebut, warga Andrassy berkumpul semula di dewan terbuka untuk bersiap sedia untuk pertandingan dijalankan. Berkobar-kobar adik-adik kita ini menunjukkan bakat masing-masing di pentas ya. Tidak kurang juga persembahan dari Pra-sekolah dan majlis penyampaian hadiah di penghujung acara. Naaaa! Tamat sahaja acara, perut sudah berbunyi mari kita makan dulu. Moga berjumpa lagi di lain cerita.
P/S: Makan tu perlu supaya hati senang orangnya pun girang. Macam Admin hehehe
AKTIVITI BULAN OGOS 2018
Aktiviti Bulan Ogos 2018:
Cikgu-cikgu in Da HOUSE YAW!
Ewahhh! Olumis nopo tii sumandak-sumandak om tanak wagu
![]() |
Tak panas ke tu? Formasi logo kemerdekaan oleh murid-murid SK Andrassy. Gigih bukan?! |
Semangat lagi nyanyi adik-adik oii!!
Kibar jangan tak kibar :)
Eh? Belon apakah itu?
Semangatkan dorang lari-lari. Teruskan lari dik!
Sign dulu kita geng. Mau dilepaskan ke udara ini, acah-acah famous gitu!
Peace from us ANDRASSY DIHATIKU!
Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Andrassy, Tawau
Pada 17 Ogos 2018 yang lalu bersamaan hari Jumaat, sekolah kami telah mengadakan perlancaran program bulan kemerdekaan peringkat sekolah dengan kerjasama seluruh warga SK Andrassy, guru-guru praktikum dan murid-murid sekolah. Perjalanan majlis dimulai dengan ucapan perasmian Guru Besar, Encik Samson Sahibul diikuti dengan paluan gong sebanyak 3 kali dan laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali. Tarian Gimik yang terdiri daripada 2 pasang murid yang diiringi dengan lagu 'Sodop Pinirubaan'. Meriah sungguh suasana ketika itu ditambah lagi dengan nyanyian koir dari kumpulan murid yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 SK Andrassy. Guru-guru juga turut bersama-sama menyanyi dengan penuh semangat. Tidak kurang hebatnya dengan adanya formasi logo kemerdekaan ke-61; Sayangi Malaysiaku yang melibatkan semua murid SK Andrassy. Riuh jangan dikata, lebih-lebih lagi dengan suara keriangan murid yang bersungguh dalam membentuk kedudukan formasi masing-masing. Akhir sekali, pelepasan banting yang telah ditandatangani oleh semua guru-guru Andrassy sebelum dilepaskan ke udara.
Meriah, riuh dan pelbagai ragam dapat dilihat pada ketika itu. Memang begitula itu bossku!!!
P/S: Siapa yang jumpa banting itu, ganjaran bakal menanti bak kata Boss besar SK Andrassy hehehe tak gitu :)
Sunday, October 28, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
PLC eRPH 2019..tidak mengira masa..walaupun hampir subuh..tq cikgu sahrizan sk.serudung baru..

-
Ahli baharu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau 2018 Eh? Siapakah gerangan 4 gadis ini? Pada 30 Julai 2018 bersa...
-
Aktiviti Bulan Ogos 2018: Cikgu-cikgu in Da HOUSE YAW! Ewahhh! Olumis nopo tii sumandak-sumandak om tanak wagu Tak panas ke...